Tuesday, January 22, 2013

BAHANA CINTA SEBELUM NIKAH

Buat renungan bersama (nasihat buat diri sendiri juga)
Pasangan-pasangan couple di facebook, twitter, dan yang setaraf dengannya :-

- terang-terang ambil gambar bersama
- jelas-jelas letakkan gambar dating bersama di khalayak ramai.
- set relationship bagai (kejap engaged, kejap single, kejap married *sedangkan married pun belum lagi)
- dipelopori ikon-ikon remaja dengan followers puluhan ribu di facebook, tidak segan-silu memaparkan gambar-gambar kemesraan bagai untuk minta doa dan pujian ramai.

Sebenarnya mereka tak faham. Nampak seperti nak tunjuk pada orang. Tapi hakikatnya, mereka tayang tu untuk Allah tengok. Seolah-olah mencabar kekuasaan Allah:

"Wahai Tuhan! Nah, tengoklah gambar kami bersama ni. Kami tak takut pada azab-MU pun! Tak kena petir pun! Dapat like dan doa orang ramai lagi ada la!"

Bila dah 'cabar' Tuhan begitu sekali, tunggulah balasannya. Balasan Allah ada yang datang sekelip mata, ada yang datang di hari tua, ada yang ditunda untuk digandakan hukumannya di akhirat kelak.

Balasan awal Allah berupa putus cinta. Selalu orang lepas clash akan tanya soalan, "Kenapa jadi begini, kenapa dan kenapa..bla bla..". Baik, ni sebabnya anda putus cinta:-

1. Allah tak redha. (mungkin banyak sangat buat dosa bila berdua)
2. Allah sedia yang lebih baik. (Allah tahu orang yang bersama dengan kamu tu tak boleh guide kamu pun mungkin)
3. Allah benci orang bermaksiat.
4. Allah Maha Mengetahui masa depanmu.
5. Takdir. (dah tersurat dia bukan untuk kamu sampai kiamat)

Jangan cabar Allah.

Copy&Paste:)
P/S: gambar sekadar hiasan :)

TARBIYAH HIDUP

Ujian itu kan tarbiyah hidup. ujian tulah kita mengenal erti kehidupan. ujian itu tanda Allah SWT menyayangi diri kita. Dia menurunkan sedikit ujian agar kita tidak terus tersesat di dalam kegelapan dan alpa dengan kesenangan hidup. Ketika Dia menghulurkan cahaya kegemilangan-Nya dikala kesusahan, anas sambutlah ia dengan penuh mesra sambil mengucapkan alhamdulillah.Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (Al-Baqarah :214)

KETIKA HATI SEORANG MUSLIMAH TERLUKA

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia menari dalam doa permohonan ampunnya terhadap Rabbnya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menghapus air matanya dengan imannya..

Ketika hati seorang muslimah terluka,
Dia akan menguatkan hatinya dengan ilmunya..

Ketika hati seorang muslimah terluka, ia dan dirinya tetap menjadi MUSLIMAH..Tabahkanlah HATIMU duhai disaat dirimu TERLUKA..

Anggaplah ujian ini sebagai ANUGERAH TERINDAH dariNYA kerana DIA ingin senantiasa dekat denganmu..
Ayuh bangkit kerana DIA sentiasa disisi dan bersamamu setiap masa dan walau apapun berlaku...
~ MUJAHIDAH ~
Mengenali seseorang itu kadangkala membuat kita ketawa,mengenali seseorang juga kadangkala membuatkan kita mengalirkan air mata,sesungguhnya mengenali seseorang itu mampu memberi kita sejuta rasa,marah,sedih,merana,gembira,sayang dan rindu.. Namun,mengenali seseorang itu sebenarnya anugerah,Biarpun hadirnya hanya seketika dan meninggalkan luka,bersyukurlah dengan kehadirannya kerana dengannya kita belajar erti kasih sayang.

Mencintai seseorang itu adalah hak kita,namun memiliki seseorang yang kita cintai tanpa ikatan rasmi itu bukan hak kita. Jangan pernah takut melepaskan sesuatu yang belum berhak kita miliki, dia pasti akan kembali,jika Allah Azza Wa Jalla menjadikan ia untuk kau miliki,atau Allah Azza Wa Jalla akan mengganti dengan yang jauh lebih baik dari yang sekarang kita cintai.Jangan pernah takut kehilangan sesuatu yang BUKAN menjadi hak kita.Jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu...

CARA MEMAKAI CINCIN MENGIKUT ISLAM

“Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:

1] jari manis
2] jari kelingking (anak jari)

dan janganlah memakai pada jari

1] jari tengah
2] jari telunjuk

Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka dizaman Nabi Lut a.s.

Perhatian: Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki ataupun perempuan. Muslimin dan Muslimat, sila nasihatkan kawan-kawan dan juga saudara-mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat kecelakaan dari Allah dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi S.A.W maka dapatlah kita akan pahala.

Adapun tentang jari mana yang hendak didahulukan ketika memotong kuku, al-Imam Ibn Hajar al-’Asqalani (10/345) menyebut:

“Tidak thabit dalam tertib jari-jari ketika memotong kuku sesuatu hadithpun… Ibn Daqiq al-’Ied telah mengingkari bentuk (memotong kuku) yang telah disebut oleh al-Ghazali dan orang yang mengikutnya, dengan berkata: “Semua cara-cara itu tidak ada asalnya, dan untuk mengatakan ia suatu yang digalakkan, ianya suatu yang tidak ada dalilnya, ia merupakan suatu yang tercela di sisiku, sekiranya seseorang menggambarkan, cara memotong kuku dimulakan dengan jari telunjuk tangan kanan disebabkan kemuliaannya, maka jari-jari yang lain, dia tidak akan dapat menentukannya dengan cara itu. Ya! memulakan dengan yang kanan samaada tangan ataupun kaki itu ada asalnya, kerana Nabi S.A.W. suka memulakan sesuatu dengan sebelah kanan.”