Tuesday, January 22, 2013

DURI HARI INI BUNGA UNTUK ESOK ♥


Suatu ketika ada seseorang memohon pada Allah sekuntum bunga dan rama-rama,
Tetapi Allah memberinya kaktus dan seekor ulat,
Dia bersedih,
Dia tidak faham kenapa permintaannya tidak ditunaikan,
Dan dia terfikir “Oh mungkin Allah mempunyai ramai lagi hambaNya untuk di uruskan,
Dan dia mengambil keputusan untuk tidak menyoalnya,
Selepas beberapa ketika,
Dia telah memikirkan semula permintaan doanya yang telah lama dilupakan,
Alangkah terkejutnya dia,
Daripada kaktus yang berduri berubah dengan tumbuhnya bunga yang cantik,
Dan terselindungnya seekor ulat yang hodoh telah berubah menjadi seekor rama-rama yang sangat cantik,
Allah sentiasa membuat dan memberikan sesuatu yang terbaik untuk hambaNya,
CaraNya adalah cara yang terbaik,
Walaupun kadang-kadang dimata HambaNya kelihatan salah,
Jika kamu meminta sesuatu daripadaNya,
Dan Allah memberi sesuatu yang lain,
PERCAYALAH,
Allah akan memberikannya apa yang kamu perlukan pada masa yang sesuai,
Apa yang kamu mahukan, tidak bererti apa yang kamu perlukan,
Allah tidak pernah gagal untuk memenuhi permintaan hambaNya,
Maka, teruskan berdoa tanpa ragu-ragu dan mengeluh,
DURI HARI INI ADALAH BUNGA UNTUK ESOK,
Allah beri yang terbaik kepada hambaNya yang menyerahkan pilihan kepadaNya,
Moga Allah memberkatimu,
Amin….

#Terimalah dengan hati yang terbuka, ada yang terbaik buatmu...Bersyukur padaNya...Dia Maha Mengetahui...#

0 comments:

Post a Comment