Tuesday, January 22, 2013

BUAT "DIA"

Allahu Rabbi...

Aku berlindung kepada-Mu Ya Rabbi...
Demi-Mu ku tinggalkan dia sementara,
Walaupun diri ini sukar untuk melupakan dia,
Namun apakan daya,
Antara diri-MU dan dirinya,
Engkaulah segala-galanya,
Biarlah aku dan dia terpisah dahulu,
Membawa hala tuju masing-masing,
Menggapai cita-cita,
Bila tiba saatnya,
Aku dan dia pasti bersua,
Di saat itu aku sedia menerima dirinya kerana Mu,Ya Allah,
Sebagai teman hidupku...

Dan buat si dia,
Gunakanlah peluang ini untuk mendekatiNya,
Kuatkan dirimu dan persiapkanlah dirimu untuk menjadi hambaNya yg soleh,
Yang mampu membimbingku ke jalanNya kelak,
Tunaikan kewajipanmu pada Allah,
Jadikan dirimu insan paling bahagia,
Bahagiakan dan jalankan tanggungjawabmu sebagai seorang anak,
Seorang saudara dan seorang insan yang bertanggungjawab..

Demi-Mu Ya Allah, aku rela...
Demi-Mu Ya Allah, aku sanggup...
Demi-Mu Ya Allah...
Kerana Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…

Khas buat ASMF~

0 comments:

Post a Comment