Tuesday, January 22, 2013

TARBIYAH HIDUP

Ujian itu kan tarbiyah hidup. ujian tulah kita mengenal erti kehidupan. ujian itu tanda Allah SWT menyayangi diri kita. Dia menurunkan sedikit ujian agar kita tidak terus tersesat di dalam kegelapan dan alpa dengan kesenangan hidup. Ketika Dia menghulurkan cahaya kegemilangan-Nya dikala kesusahan, anas sambutlah ia dengan penuh mesra sambil mengucapkan alhamdulillah.Ujian itu ibarat mendung yang hadir bersamanya hujan.
"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?"
Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah)" (Al-Baqarah :214)

0 comments:

Post a Comment